Monday, October 3, 2011

Engkau Raja dan Aku Ratu ^_^




Hari ini 3 Oktober 2011..

Mengimbas kenangan 3 Julai 2011 saat cinta kami di satukan..
Wah, romantiknya ayat bukan main..Hehe..Nak di ceritakan, itulah tarikh bersejarah buat aku dan dia yang menjadi pilihanku..Dan hari ini cukup 3 bulan usia pernikahan kami Alhamdulillah semuanya baik-baik saja..

Apapun yang ingin aku kongsikan di sini bukanlah satu isu yang mustahak..Namun hanya perkara sehari-harian yang sentiasa berlaku dikalangan kita namun tak siapa endahkannya.. Tapi bagi aku yang tak pernah tamat dalam pengajian mempelajari kehidupan ni, semua tu aku jadikan pengajaran dan bila ada kelapangan aku akan mengenangkan memori itu semula dan kalau rajin sikit aku akan menilai semula perkara itu walaupun ia telah lama berlalu... Hehehe, itulah aku,..

Menjadi seorang isteri tidak la sukar mana.. Menjaga makan pakai dan rumah suami sahaja..Dan hal-hal lain tidak terzahir iaitu nama baik suami, maruah dan "hati" suami..Hmm.. malas nak komen panjang-panjang.. Ilmu baru secubit garam..hahahha

Apapun,

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Sang Isteri, si suami adalah keutamaanmu,
samada dari segi fizikal dan spiritual.. Dia yang
bertanggungjawab terhadap dirimu sepenuhnya
termasuklah agamamu..Taatlah padanya dan
pastikan dia sentiasa menyenangimu..
Dan buat sang suami yang sangat-sangat besar
ertinya buat sang isteri..Sayangilah isterimu selayaknya,
dia yang menguruskan segala kepentinganmu,
makanmu, pakaimu dan rumahmu..
Hargailah setiap yang dilakukanya,
dia bukan orang gaji dalam rumahmu..Tetapi
dialah suri ataupun Ratu.. Dan layanilah dia setaraf Ratu
jika kau merasakan kau bukanlah Raja yang
zalim~~

(^_^)

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*