Monday, June 14, 2010

Saya tak nangis..



"Assalamualaikum mak, mak apa khabar? Ayah? Adik-adik? Mak dah makan? Buat apa tu?..Owh"..hehehehe di hujung talian.."Apa dia mak? Owh, sihat je mak.Alhamdulillah..Ok, tak da masalah..Ok ja ni.." Talian pun di putuskan..Huhhhh...

Sedihnya bila call mak..Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan kepada orang tuaku dan berikanlah kesejahteraan kepada keluargaku ya Allah. Sayu hatiku bila tahu mak terjatuh dan ayah pula sakit. Mak, maaf saya tak mampu jaga mak dan ayah buat masa ni. Saya tak mampu tolong mak di kampung. Tapi mak, saya sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk mak dan ayah..Mak, mak tahu tak saya sayang sangat kat mak dan ayah. Tapi saya tak pernah luah kan mak? Mak, mak dan ayah lah cinta teratas dihati saya. Mak lah syurga saya. Tapi mak, apa yang mampu saya lakukan bila dah berumahtangga nanti. Bolehkah saya meletakkan mak dan ayah dalam tangga teratas cinta hati saya. Mak,percayalah, selagi Allah meminjamkan hati dan perasaan ni, mak adalah ratu bagi saya dunia akhirat. Mak, cantik mana pun makhluk Tuhan di bumi ni, tapi bagi saya mak jugalah yang paling cantik, mak jugalah yang paling baik, mak jugalah yang paling penyayang, mak jugalah jiwa saya, cinta hati saya..Mak, saya harap sangat mak tahu itu.

Mak, anak mak ni minta maaf atas dosa-dosa yang anak mak ni dah buat. Baru kejap tadi anak mak ni buat dosa lagi mak. "Mak, ampun mak.." Anak mak ni terpaksa mak. Anak mak ni terpaksa selindungkan tangisannya dari mak. Anak mak ni terpaksa nangis kuar air mata tapi mak dengar cuma ketawa. Mak, maafkan anak mak ni ya. Anak mak yang sorang ni tak nak susahkan hati mak. Tak nak mak risau dan tak nak buat mak rasa sedih dengan nasib anak mak ni. Allah ja yang tahu macamana sedihnya anak mak ni. Mak, mak tahu tak? Anak mak ni nak sangat peluk mak, nangis di ribaan mak puas-puas. Anak mak ni dah lemah sangat tanggung semua ni mak..Mak, kalaulah benda tu boleh berlaku....

Mak, terima kasih ya mak. Terima kasih sangat-sangat. Tapi anak mak ni tiada hadiah mau bagi. Tapi mak, anak mak ni percaya sangat. Walau bagi dunia ni hingga tujuh petala langit sekalipun jasa-jasa mak tak kan terbalas. Tak terbanding pun mak. Mak, terima kasih ya. Walaupun mak tak bagi harta yang mewah-mewah dengan anak-anak mak ni, tapi mak bagi kami kaya budi bahasa, mak bagi kami beradap dan bersopan-santun, mak bagi kami rasa merendah hati, mak bagi kami rasa menghormati,mak bagi kami rasa bersyukur..Terlalu banyak nya mak bagi kan..Hehe..Tak sedar pun.
Mak, walaupun anak mak ni nangis kuat mana sekalipun. Tapi anak mak ni tak pernah menyesal jadi anak mak taw. Anak mak ni rasa bertuah sangat. Tak semua anak-anak di dunia ni dapat macam apa yang anak mak ni dapat.. Mak terima kasih mak dan ayah juga.. Anak mak ni sayang sangat-sangat kat mak dan ayah..

#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#

Ya Allah, andai kebahagiaan itu
ada had yang tertentu yang kau berikan
kepada hambamu..Aku rela Ya Allah...
Berikanlah segala kebahagiaan ku
Kepada kedua orang tuaku, meskipun
Nyawa adalah sebagai taruhan..


#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#



Aku sangat sayang kamu...


Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.. Sudahkan kamu-kamu dan kamu mengucapkan "Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.." pada ibu??

Ni bukan mau cerita apa pun..Saja mau post lau tiada kena mengena dengan kamu pun tak pa..Semalam, khamis malam jumaat,17/6/10, 10.45pm..Napa entah aku rindu sangat ngan mama aku..Mau call pun lewat sudah. Aku pun la pujuk mata untuk tidur.Tapi entah, kenapa. Tak boleh juga tidur..Makin lebat air mata aku ada la..Rindunya sangat ngan mama aku sampai tak boleh tidur aku jadinya..Walhal selalu juga call mama.Paling jarang pun selang sehari ja.

Huh, tak boleh jadi ni sampai tak boleh tidur. Kepala pun mula sakit cz banyak sangat nangis..Aku pun baca doa lah, dan call mama aku..Memandangkan mama aku dah hampir terlelap di sebabkan keletihan di siang hari buat kerja rumah sorang-sorang tiada siapa yang tolong melainkan bapa aku dan adik lelaki aku yang sorang tu tolong apa yang patut ja. Aku pun ambil keputusan mau call kejap ja pun jadi lah.

Sekadar tanya khabar dan bahasa basi yang famous aku guna tanya la mama aku. "Mama buat apa? Mama sudah makan? Tadi makan apa? Bapa mana? Abim (nama timangan adik lelaki aku) mana? Siapa lagi ada di rumah? Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) ada?" Padahal semua soalan tu aku tau sudah apa jawapannya.Mestilah mama aku on the way mau tidur sebab lewat sudah, Makan pun sudah tentu sudah cz family aku biasa makan sebelum berita jam 8 atau selepas bapa aku sembayang maghrib.Mau tanya pasal lauk pun mesti aku sendiri telan liur cz masakan mama aku ngam betul ngan tekak aku, Bapa aku pun mesti sudah tidur, cz bapa aku biasanya tidur selepas berita jam 8 malam tu iaitu pada jam 9 malam, Abim (nama timangan adik lelaki aku) pun mesti sudah tidur cz besok dia sekolah..Mana ada siapa-siapa lagi di rumah cz kakak aku dua orang tinggal di tempat lain, adik aku sorang lagi tidur di rumah uncle aku atas urusan tidak rasmi.Last sekali Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) mesti la di asrama sekolah dia..Hmm..

Kesimpulannya di sini aku call mama aku dalam 1 minit 28 saat ja..Huuhuhu..Lepas ja letak fon terus mata aku nampak bintang-bintang dilangit..Walaupun langsir dibiik aku sudah ditutup dengan serapi-rapinya. Rupanya aku mengantuk yang teramat sangat sebab makan ubat..Dan lenalah aku hingga ke fajar terbit di Timur..I miss u Mama...

Sunday, June 13, 2010

(USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH

Kenapa la kita ni takut tuk terima kegagalan.Sampai ada tahap yang kita tak mahu cuba.Jadi macamana lah mau berjaya kalau macam tu.Baik kejayaan hidup atau percintaan.Kalau kejayaan hidup ni bagi aku lebih banyak bergantung dengan tepoh kita sedar bila kejayaan tu penting.Masalahnya bila kita dah sedar, masa tu dah terlewat.Masa di bangku sekolah, bukan mau belajar betul, tapi bila dah dewasa..Ha, masa tu la termenung mengingati masa sekolah yang disia-siakan..

Walaupun sekarang ni aku kira dah ada kerja yang boleh menjamin masa depan.Tapi bagi aku ini belum cukup.Kalau lah masa aku sekolah dulu tu aku rajin belajar..Maybe aku boleh dapat yang lebih baik dari sekarang.Apa pun aku bersyukurlah, sebabnya aku ni masih kira untung lagi di badingkan ada beberapa masyarakat sekeliling aku yang masih tak bernasib baik atau lebih tepat mungkin rezki belum sampai.

Kadang tu rasa teruk juga aku ni.Masih tak bersyukur lagi.Tapi rasanya lebih tepat bagi aku bukan tak bersyukur..Tapi aku impikan yang lebih baik.Huhh..Jangan la keinginan aku untuk dapat yang lebih baik dalam hidup ni jadi dosa sebab tak bersyukur dengan apa yang diberi.Astagfirullah al azim...
Mana juga kita tau kan kalau-kalau apa yang aku dapat sekarang ni adalah anak tangga pertama tuk capai tahap kejayaan aku impikan..Amin..(USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH = Kejayaan yang aku impikan...

Harap-harap bila dah berjaya nanti, aku ni tidak la di kategorikan dalam kumpulan atau ahli atau geng anak-anak yang lupa tanggungjawab pada ibubapa, adik-beradik, keluarga dan suami aku..Aik, dah ada suami ka aku ni??Ahakks..

Tak pa, sabar la ar hati.Yang penting (USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH ja dalam hidup..Insyallah ada juga kejayaan akhirnya..Huu..Akhirnya?? Bila la rasanya "Akhirnya" tu ar? Semua jadi tanda tanya sekarang ni. Apa pun sebagai manusia bisa, hamba Allah yang hina, makhluk di bumi tuhan "Aku redha ya Allah, Andai itu takdirNya" (Pinjam dulu tajuk novel,jangan marah penulis..ehehe).Apa pun aku harap la, aku sempat tabur bakti pada nusa dan bangsa..Tapi famili aku first..Mama, Bapa, dan 6 orang adik-beradik aku yang lain tolak aku jadi ada lima lagi, dan suami aku juga..Aku sedia berkhidmat untuk kalian..(aik, ada lagi aku tulis pasal suami..Ahaks, biar ja lah--akan datang kali..Akan ku tunggu, detik tiba saat, masa,jam, waktu,tempoh itu..haha)