Sunday, December 19, 2010

Pilihan Hidup


Kadang kala hidup sukar untuk di fahami. Sukar untuk membuat pilihan atau keputusan.. Hingga ada satu tahap yang kita berserah segalanya pada takdir..Adakah itu yang tersurat dalam hidup kita iaitu menyerahkan segala ketentuan hidup pada takdir? Tapi bukankan kita perlu untuk berusaha memilih dan membuat sesuatu yang kita fikirkan baik untuk kehidupan kita dan akhirnya berserah pada pilihan Allah..


"Tuhanku, sesungguhnya rahsiamu amatlah unik. Aku tidak tahu apa yang terbaik untukku. Dengan itu aku memohon padamu agar KAU berikan aku hal - hal yang terbaik bagiMu untuk hambaMu ini Ya Allah"


Benarkah memilih jodoh itu adalah pertaruhan hidup? Pertaruhan kasih sayang ? Pertaruhan bahagia atau derita? Atau pertaruhan kekal atau hanya separuh jalan? Huh, banyak persoalan yang perlu tapi tak mampu terungkai. Buat penat otak ja mau fikir semua tu kan. Don't care lah.. Aku dah buat pilihan aku.. Insyallah..Sekarang aku cuma mampu berdoa agar apa yang ku lakukan terlaksana dan terbaik disamping berserah dengan takdirnya. Andai aku gagal aku harap ini pengajaran yang paling berguna buatku dan menjadikan aku akan berjaya selepas ini.


Mungkin ada antara kita yang takut menghadapinya andai ditakdirkan pilihan kita adalah salah dan pertaruhan kita gagal. Ya, mungkin dan aku adalah salah seorang darinya. Pahit, dan sangat pedih menghadapai kegagalan dalam hidup apatah lagi jika ia melibatkan kasih sayang. Aku sendiri pernah mengalaminya. Sedih dan sakit yang teramat. Duniaku seolah terhenti, gelap. Semua bagaikan bersimpati padaku. Aku hilang kekuatan, lemah tubuhku tak terkata. Setiap pandanganku di penuhi dengan bayangan dan gambaran kesedihan. Ya, aku masih mampu tersenyum dan tertawa. Tapi hakikatnya hatiku menjerit pedih. Hingga dalam setiap solatku aku menangis sepuasnya, mengadu padaNya. Hanya dia yang mampu menyelami dan mengubati hatiku yang benar – benar lemah waktu itu.


“Ya Allah, ampunkan hamba andai ketika itu hamba tidak mampu bertahan (tabah) sepertimana yang sepatutnya.”


Alhamdulillah, kini aku bebas dari kesedihan itu. Masa membawanya pergi bersama kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Benar kata orang, masa akan membawa kenangan itu pergi bersamanya, dan semakin jauh ia meninggalkan kita pedihnya juga akan semakin terubat. Alhamdulillah syukur..


Aku tidak sabar ingin mengetahui kesudahan kisah cintaku. Mungkin cintaku tak semahal Taj Mahal, tak sesuci Adam & Hawa. Tapi cintaku cukup bermakna buatku dan dirinya. Kami terpisah jauh, segala – galanya tentang kami berbeza. Hidupku di penuhi ujian. Syukur, setakat ini tiada yang mampu mengubah hatiku untuk terus menantinya. Aku tak sesuci dan sesempurna Hawa, tapi aku cuba untuk mencontohi kesetiaannya. Dan,


“Aku setia menanti ‘Adamku’..”

Friday, December 10, 2010

Rahmat di balik tangisan




Bukan masa derita sayang.. Tetapi masa yang terlalu berharga..
Airmata yang menangis buat Pencipta
melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah
yang tersembunyi dari Allah
rindu untuk terus sujud mengharapkan
bantuan dan menyandarkan harapan padaNya

Istilah derita itu patut di gantikan dengan "tarbiah"
kita belajar dan diajar melalui kehidupan sayang
jadi jangan anggap ini masa derita buat kita

Belum tentu orang yang bahagia itu ikhlas mengingati Allah
saat yang dianggap itulah kita ikhlas mengingati Allah



Friday, December 3, 2010

Kisah ADAM & HAWA


KISAH ADAM DAN HAWA


Aku di cipta dari rusuk kiri ADAM.. Di bahagian kirinya
Letakku di tengah tanda aku perlu di lindung
Bukan pada kepala tanda untuk di junjung
Bukan jua di kaki untuk di pijak dan di jadikan alas
Kerana asalnya aku dari kirimu
maka gunakanlah kesucian tangan kananmu untuk menyentuhku
Aku jua di situ untuk melindungi hatimu
Maka kesempurnaan hatimu
adalah bila kau dapat memiliku cinta seorang HAWA
ADAM, asalnya aku bengkok andai kau biarkan
maka aku akan terus bengkok
Namun beringatkah andai kau cuba untuk meluruskannya
kau akan mematahkanku
Dan aku harap kau tahu, yang aku jua dekat pada jantungmu
Andai kiranya aku terpatah
nahaslah kau kerana aku akan tertikam pada jantungmu
Oleh itu, gunakanlah akalmu yang sembilan untuk memelihara ku
dan kau akan beroleh kesempurnaan hidup
Dan renunglah olehmu ADAM ku
bila kau bersedih dan cuba untuk bersabar
kau akan memekup dadamu tanda menenangkan hatimu
namun hakikatnya kau menyentuhku dan bukan hatimu
Kerana sebenarnya

AKULAH KEKUATANMU