Sunday, December 19, 2010

Pilihan Hidup


Kadang kala hidup sukar untuk di fahami. Sukar untuk membuat pilihan atau keputusan.. Hingga ada satu tahap yang kita berserah segalanya pada takdir..Adakah itu yang tersurat dalam hidup kita iaitu menyerahkan segala ketentuan hidup pada takdir? Tapi bukankan kita perlu untuk berusaha memilih dan membuat sesuatu yang kita fikirkan baik untuk kehidupan kita dan akhirnya berserah pada pilihan Allah..


"Tuhanku, sesungguhnya rahsiamu amatlah unik. Aku tidak tahu apa yang terbaik untukku. Dengan itu aku memohon padamu agar KAU berikan aku hal - hal yang terbaik bagiMu untuk hambaMu ini Ya Allah"


Benarkah memilih jodoh itu adalah pertaruhan hidup? Pertaruhan kasih sayang ? Pertaruhan bahagia atau derita? Atau pertaruhan kekal atau hanya separuh jalan? Huh, banyak persoalan yang perlu tapi tak mampu terungkai. Buat penat otak ja mau fikir semua tu kan. Don't care lah.. Aku dah buat pilihan aku.. Insyallah..Sekarang aku cuma mampu berdoa agar apa yang ku lakukan terlaksana dan terbaik disamping berserah dengan takdirnya. Andai aku gagal aku harap ini pengajaran yang paling berguna buatku dan menjadikan aku akan berjaya selepas ini.


Mungkin ada antara kita yang takut menghadapinya andai ditakdirkan pilihan kita adalah salah dan pertaruhan kita gagal. Ya, mungkin dan aku adalah salah seorang darinya. Pahit, dan sangat pedih menghadapai kegagalan dalam hidup apatah lagi jika ia melibatkan kasih sayang. Aku sendiri pernah mengalaminya. Sedih dan sakit yang teramat. Duniaku seolah terhenti, gelap. Semua bagaikan bersimpati padaku. Aku hilang kekuatan, lemah tubuhku tak terkata. Setiap pandanganku di penuhi dengan bayangan dan gambaran kesedihan. Ya, aku masih mampu tersenyum dan tertawa. Tapi hakikatnya hatiku menjerit pedih. Hingga dalam setiap solatku aku menangis sepuasnya, mengadu padaNya. Hanya dia yang mampu menyelami dan mengubati hatiku yang benar – benar lemah waktu itu.


“Ya Allah, ampunkan hamba andai ketika itu hamba tidak mampu bertahan (tabah) sepertimana yang sepatutnya.”


Alhamdulillah, kini aku bebas dari kesedihan itu. Masa membawanya pergi bersama kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Benar kata orang, masa akan membawa kenangan itu pergi bersamanya, dan semakin jauh ia meninggalkan kita pedihnya juga akan semakin terubat. Alhamdulillah syukur..


Aku tidak sabar ingin mengetahui kesudahan kisah cintaku. Mungkin cintaku tak semahal Taj Mahal, tak sesuci Adam & Hawa. Tapi cintaku cukup bermakna buatku dan dirinya. Kami terpisah jauh, segala – galanya tentang kami berbeza. Hidupku di penuhi ujian. Syukur, setakat ini tiada yang mampu mengubah hatiku untuk terus menantinya. Aku tak sesuci dan sesempurna Hawa, tapi aku cuba untuk mencontohi kesetiaannya. Dan,


“Aku setia menanti ‘Adamku’..”