Sunday, October 3, 2010

Cintaku Dimana..





Apa yang telah berlaku kini..Mengapa aku bersedih, mengapa hatiku sepi.. Cinta, mengapa kau tinggalkan aku...Sedangkan kau tahu aku lemah tanpamu.. Cinta, kau umpama tasik bagiku, nampak indah namun andai tiada yang menghargainya pasti kau di pandang sepi.. Tapi mengapa kau menjadi bayang bagiku.. bila ku kejar kau menjauh, bila ku lari pergi darimu, kau mengekori, dan bila aku kaku, kau jua kaku.. Cinta, cukuplah sampai kini sahaja aku merasaai kesakitan memujamu.. Kau bukanlah buku yang pasti bermanfaat pada pembacanya.. Tapi mengapa aku gagal dalam ujian cinta?? Kau jua bukan oksigen, tapi mengapa aku lemah tanpamu? Kau masih bukan raja walau ramai pengikutmu.. Namun mengapa aku lemah tanpamu..

Cinta, sedarkah kau yang kau telah banyak mengubah hidupku.. Aku di tinggalkanya kerana cinta, dari seorang yang punya kekasih, kini aku hanya mampu mengasihani diri sendiri..Aku sakit kerana cinta, dari merasa bahagia aku merasa derita..Dari seorang pemuja, aku kini jadi pembenci.." Aku benci pada CINTA? "

Entah, aku tidak tahu..Namun apa aku rasa kini aku ingin bersendiri.Ya, biar aku bersendiri..Biarkan aku menyayangi diriku yang dulunya hanya menyayangimu.. Biar aku rawat hatiku yang dulunya sering terluka kerana menjaga hatimu..Biar aku melangkah pergi yang dulunya langkahku terbatas keranamu.. Dan biar aku menjauhkan diri dari ruang hidupmu yang dulunya kau kurung aku didalamnya..Aku lemas, aku rimas dan aku hampir tewas..Diriku hilang, yang hanya terpamer hanya bayang dirimu yang dilakonkan olehku.. Kau mengubahku mengikut apa yang kau inginkan..Kau biar aku mati dalam diriku sendiri..

*~_~Ya Allah..Mungkin belum tiba masanya untuk aku bahgia..Aku redha Ya Tuhanku~_~*