Wednesday, June 4, 2008

Bisikan Untuk Hati...



Biar kepahitan itu pergi.. agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu. Agar kegembiraan mewarnaai..
Biarkan kegelisahan lenyap, asalkan semangat masih tersisa..
Biar derita menyapa lagi.. agar kekuatan hati di jana semula..
Biar diri ini derita, agar aku dapat rasakan derita ini
tidak standing derita Rasulullah s.a.w
Tuhan tidak sesekali menzalimi kita..
tapi kita sering menzalimi diri sendiri..
Dan akhirnya kita menyalahkan yang lain..
Sedarlah duhai hati.. engkau hanya di uji..
Sejauh mana keikhlasanmu pada Tuhanmu..
Ingatlah engkau akan kasih sayangnya..
Dia memberi sebelum sempat engkau meminta..
Dia menahan sesuatu yang engkau kehendaki..
Dan mengambil apa yang engkau sayangi…
Sedarlah engkau akan semua itu..
hanya untuk menguji mu..
Kau telah dibekalkan agama untuk menghalusi akal..
Di berikan akal untuk memperalusi akhlak..
Di kurniakan akhlak untuk mempercantikkan pekerti..
Dan untukmu menjadi sebaik – baik umat..
Tunduk sebagai hamba..
Berjalan seperti khalifah..
Menyusuri kehidupan..
Untuk mencari permata Iman..
Menyemai pohon takwa..
Agar dapat berteduh dari bahang panas nafsu..
Agar dapat berlindung dari angina bisikan syaitan..
Dalam mencari keredaan…

Tuesday, June 3, 2008

Sesungguhnya aku rindu

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengertiMengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengertiMengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinyaTidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnyaAgar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahuSyukur ku hanyalah milik Mu

Monday, June 2, 2008

Kita ni Adil tak??

KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain adalah seperti yang di fikirkannya... Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu orang melakukan sesuatu yang kita inginkan, memikirkan sesuatu yang kita fikirkan, memberikan sesuatu yang kita impikan..

Ya memang inilah yang sering kita harapkan dalam setiap perhubungan.. Tak kira, mama, papa, adik – adik.. rakan, kawan, sahabat, kekasih.. mahupun sesiapa sahaja di sekeliling kita.. yang kita kenali.. yang kita baru tahu.. mahupun yang kita tak pernah tahu…

Apa sebenarnya yang kita inginkan??

kita mengharapkan kebahagiaan.. iaitu dengan memenuhi semua kehendak hati kita..
Betul kah??

Cuba Renungkan..


Pernahkah kita membahagiakan orang lain ??..
Pernahkah kita memenuhi keinginan orang lain ??..
Pernahkah kita memikirkan orang lain ??..
Paling tidak pun pernahkah kita bertolak ansur dengan perasaan orang lain ??..

Pernah atau tidak??

So,
Mengapa mengharap orang lain melakukan hal sedemikian untuk kita??
Mengapa??
Mengapa??
Adilkah ini untuk orang lain itu??

Ingat…
Kita perlu menyayangi agar kita di sayangi…
Kita perlu memberi agar kita dapat menerima..
Kita perlu memahami supaya orang lain memahami..
Kita perlu memikirkan orang lain, agar orang lain akan memikirkan kita..

Kesimpulannya….
Kita perlu berbuat apa yang ingin kita diperbuat…

Jangan mengharapkan kasih sayang jika kita tidak pernah memberikannya..

Ingat…

Jangan mengharap Bunga akan berkembang mekar jika kita tidak pernah menyiram dan membajanya…