KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain adalah seperti yang di fikirkannya... Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu orang melakukan sesuatu yang kita inginkan, memikirkan sesuatu yang kita fikirkan, memberikan sesuatu yang kita impikan..
Ya memang inilah yang sering kita harapkan dalam setiap perhubungan.. Tak kira, mama, papa, adik – adik.. rakan, kawan, sahabat, kekasih.. mahupun sesiapa sahaja di sekeliling kita.. yang kita kenali.. yang kita baru tahu.. mahupun yang kita tak pernah tahu…
Apa sebenarnya yang kita inginkan??
kita mengharapkan kebahagiaan.. iaitu dengan memenuhi semua kehendak hati kita..
Betul kah??
Cuba Renungkan..
Pernahkah kita membahagiakan orang lain ??..
Pernahkah kita memenuhi keinginan orang lain ??..
Pernahkah kita memikirkan orang lain ??..
Paling tidak pun pernahkah kita bertolak ansur dengan perasaan orang lain ??..
Pernah atau tidak??
So,
Mengapa mengharap orang lain melakukan hal sedemikian untuk kita??
Mengapa??
Mengapa??
Adilkah ini untuk orang lain itu??
Ingat…
Kita perlu menyayangi agar kita di sayangi…
Kita perlu memberi agar kita dapat menerima..
Kita perlu memahami supaya orang lain memahami..
Kita perlu memikirkan orang lain, agar orang lain akan memikirkan kita..
Kesimpulannya….
Kita perlu berbuat apa yang ingin kita diperbuat…
Jangan mengharapkan kasih sayang jika kita tidak pernah memberikannya..
Ingat…
Jangan mengharap Bunga akan berkembang mekar jika kita tidak pernah menyiram dan membajanya…