Monday, August 15, 2011

Aku dan Seorang Pemuda




Aku tak tahu apa kaitan sebenar antara aku dan pemuda ni..Tapi setelah aku fahami, rupa-rupanya bukan aku saja yang ada kaitan dengannya..Mungkin juga kamu, dan mungkin mereka, dan mungkin kita semua ada kaitan dengan "Pemuda" yang aku maksudkan ni. Ya, mungkinlah..Apa pun mari kita kaji sejauh mana persamaan kita dengan "Pemuda" yang aku maksudkan ni. Mungkin juga kalian tiada persamaan dengan "Pemuda" yang aku maksudkan ni dan mungkin hanya aku..Apa pun, mari aku ceritakan mengenai "Pemuda" yang aku maksudkan ni kepada kalian dan apa kaitan antara kami berdua..


@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Dan amat mudah menyalahkan orang lain atas kesalahannya..
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya.

@~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~_~@



Seharian aku termangu, mengenang lubang pada tembok batu itu.. Aduh, entah bagaimana banyak lubang-lubang pada tembok itu hingga kini.Mungkin aku telah meminta maaf, tapi ia tidak akan menjadikan tembok batu itu kembali seperti asalnya. Aduh , betapa kejam diriku. Aku telah menyakiti kalian. Ya, aku tahu aku telah menyakiti kalian. Aku sedar, aku sedar akan itu. Maafkan aku..Maafkan aku..

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti tembok batu itu. Kau boleh menikam seseorang dan membunuhnya. Tapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbutan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Individu yang berada di sekeliling kita adalah umpama permata yang sukar di cari. Tak kisahlah dia sahabat, keluarga, atau siapapun. Mereka telah membuat kita ketawa dan mendorong kita kearah kebaikan. Mereka juga seorang pendengar dan berterima kasihlah kerana adakalanya mereka berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hati untuk memaafkan kita walau telah banyak manapun lubang yang telah kita cipta pada tembok hati mereka..