Sunday, December 19, 2010

Pilihan Hidup


Kadang kala hidup sukar untuk di fahami. Sukar untuk membuat pilihan atau keputusan.. Hingga ada satu tahap yang kita berserah segalanya pada takdir..Adakah itu yang tersurat dalam hidup kita iaitu menyerahkan segala ketentuan hidup pada takdir? Tapi bukankan kita perlu untuk berusaha memilih dan membuat sesuatu yang kita fikirkan baik untuk kehidupan kita dan akhirnya berserah pada pilihan Allah..


"Tuhanku, sesungguhnya rahsiamu amatlah unik. Aku tidak tahu apa yang terbaik untukku. Dengan itu aku memohon padamu agar KAU berikan aku hal - hal yang terbaik bagiMu untuk hambaMu ini Ya Allah"


Benarkah memilih jodoh itu adalah pertaruhan hidup? Pertaruhan kasih sayang ? Pertaruhan bahagia atau derita? Atau pertaruhan kekal atau hanya separuh jalan? Huh, banyak persoalan yang perlu tapi tak mampu terungkai. Buat penat otak ja mau fikir semua tu kan. Don't care lah.. Aku dah buat pilihan aku.. Insyallah..Sekarang aku cuma mampu berdoa agar apa yang ku lakukan terlaksana dan terbaik disamping berserah dengan takdirnya. Andai aku gagal aku harap ini pengajaran yang paling berguna buatku dan menjadikan aku akan berjaya selepas ini.


Mungkin ada antara kita yang takut menghadapinya andai ditakdirkan pilihan kita adalah salah dan pertaruhan kita gagal. Ya, mungkin dan aku adalah salah seorang darinya. Pahit, dan sangat pedih menghadapai kegagalan dalam hidup apatah lagi jika ia melibatkan kasih sayang. Aku sendiri pernah mengalaminya. Sedih dan sakit yang teramat. Duniaku seolah terhenti, gelap. Semua bagaikan bersimpati padaku. Aku hilang kekuatan, lemah tubuhku tak terkata. Setiap pandanganku di penuhi dengan bayangan dan gambaran kesedihan. Ya, aku masih mampu tersenyum dan tertawa. Tapi hakikatnya hatiku menjerit pedih. Hingga dalam setiap solatku aku menangis sepuasnya, mengadu padaNya. Hanya dia yang mampu menyelami dan mengubati hatiku yang benar – benar lemah waktu itu.


“Ya Allah, ampunkan hamba andai ketika itu hamba tidak mampu bertahan (tabah) sepertimana yang sepatutnya.”


Alhamdulillah, kini aku bebas dari kesedihan itu. Masa membawanya pergi bersama kenangan yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Benar kata orang, masa akan membawa kenangan itu pergi bersamanya, dan semakin jauh ia meninggalkan kita pedihnya juga akan semakin terubat. Alhamdulillah syukur..


Aku tidak sabar ingin mengetahui kesudahan kisah cintaku. Mungkin cintaku tak semahal Taj Mahal, tak sesuci Adam & Hawa. Tapi cintaku cukup bermakna buatku dan dirinya. Kami terpisah jauh, segala – galanya tentang kami berbeza. Hidupku di penuhi ujian. Syukur, setakat ini tiada yang mampu mengubah hatiku untuk terus menantinya. Aku tak sesuci dan sesempurna Hawa, tapi aku cuba untuk mencontohi kesetiaannya. Dan,


“Aku setia menanti ‘Adamku’..”

Friday, December 10, 2010

Rahmat di balik tangisan




Bukan masa derita sayang.. Tetapi masa yang terlalu berharga..
Airmata yang menangis buat Pencipta
melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah
yang tersembunyi dari Allah
rindu untuk terus sujud mengharapkan
bantuan dan menyandarkan harapan padaNya

Istilah derita itu patut di gantikan dengan "tarbiah"
kita belajar dan diajar melalui kehidupan sayang
jadi jangan anggap ini masa derita buat kita

Belum tentu orang yang bahagia itu ikhlas mengingati Allah
saat yang dianggap itulah kita ikhlas mengingati Allah



Friday, December 3, 2010

Kisah ADAM & HAWA


KISAH ADAM DAN HAWA


Aku di cipta dari rusuk kiri ADAM.. Di bahagian kirinya
Letakku di tengah tanda aku perlu di lindung
Bukan pada kepala tanda untuk di junjung
Bukan jua di kaki untuk di pijak dan di jadikan alas
Kerana asalnya aku dari kirimu
maka gunakanlah kesucian tangan kananmu untuk menyentuhku
Aku jua di situ untuk melindungi hatimu
Maka kesempurnaan hatimu
adalah bila kau dapat memiliku cinta seorang HAWA
ADAM, asalnya aku bengkok andai kau biarkan
maka aku akan terus bengkok
Namun beringatkah andai kau cuba untuk meluruskannya
kau akan mematahkanku
Dan aku harap kau tahu, yang aku jua dekat pada jantungmu
Andai kiranya aku terpatah
nahaslah kau kerana aku akan tertikam pada jantungmu
Oleh itu, gunakanlah akalmu yang sembilan untuk memelihara ku
dan kau akan beroleh kesempurnaan hidup
Dan renunglah olehmu ADAM ku
bila kau bersedih dan cuba untuk bersabar
kau akan memekup dadamu tanda menenangkan hatimu
namun hakikatnya kau menyentuhku dan bukan hatimu
Kerana sebenarnya

AKULAH KEKUATANMU

Saturday, November 27, 2010

Meskipun aku bersendiri, tapi aku telah berpunya..



Aku tidak akan memberitahu dunia yang kau telah menyakiti hatiku sayang..Cukup lah kau, aku dan Dia tahu..Maaf andai aku mengubah status ku di paparan laman sosial ini membuat hatimu sakit..Namun lebih sakit bagiku memaparkan hubungan kita sedangkan hati kita menderita.. Aku tidak memutuskanya, cuma tidak ingin ia mengaburi mataku sedangkan hati kita sakit..

Ketahuilah olehmu aku terlalu sakit kali ini dan bukan hanya kali ini..Benar ia bukan luka dalam, namun hirisan demi hirisan membuat ia kian parah..Sayang, ketahuilah olehmu aku terlalu menyayangi mu hingga tidak sanggup melukakan hatimu..Oleh itu aku jarang ingin memulakan perbualan jika aku tidak punya bahan yang ingin di kongsi denganmu..Kerana aku ragu jika setiap baitku yang terungkap tanpa tujuan akan menyakiti hatimu orang yang ku sayangi..

Cukuplah Allah yang tahu bertapa dalamnya hatiku menyayangimu.. Andai kau tidak mengetahuinya, biar saja kau tahu ia di akhirat sana andai cinta kita mendapat redhaNya..Aku ikhlas memilihmu..

Sayang, aku cukup menyayangimu dan ketahuilah, tika aku menuliskan ini padamu aku sedaya upaya memujuk hatiku untuk bertahan kerana aku tidak ingin berpisah denganmu meskipun setiap detik kita dihujani dengan dugaan..

Aku harap engkau faham akan setiap patah baitku tanpa terlepas sepatahpun.. Aku sangat menyayangimu Mr.S..


Aku sentiasa mengingatimu : Miss. S

Monday, November 1, 2010

What happen ? ? ?



Hari ni 31.10.10.. seharian ada ja benda yang buat aku susah hati.. Apa pasal awal subuh lagi aku sudah angkat takbir tiga kali masa solat subuh? Kenapa? Aku tersalah baca Al-Fatihah.. Huh, boleh pula jadi macam tu kan.. Walhal dalam setiap rakaat baca ayat tu jadi boleh kira dalam sehari kita akan baca 17 kali Surah Al-Fatihah..Usai solat subuh, rutin aku di teruskan dengan mandi seawal pagi, memandangkan aku kerja pagi hari ni, so lepas solat subuh aku direct pegi mandi.. Lepas mandi, memandangkan pagi masih rabun-rabun ayam(awal lagi lah..) aku pun santai-santai di katil, sedar- sedar sudah jam 6.20 pagi.. huh, huru-hara aku jadinya..Nasib uniform semua sudah standbay, jadi kira masih sempat lagi lah aku datang kerja tanpa terlewat..

So di ringkaskan sedikit cerita aku, balik kerja aku solat zohor (*some text missing* hehe ).. Then,aku calling lah somebody ni.. Huh, gaduh lagi lah pula..Sorry dear, bukan niat sakitkan hati cuma mau dia faham aku juga ada hak.. Ya, mungkin dia rasa ingin bertanggungjawab.. Tapi jangan jadikan alasan aku perempuan dan dia lelaki aku cuma boleh duduk dalam bilik.. Sedangkan dia?? Huh, malas mau komen panjang-panjang.. Sama-samalah kita belajar insafi diri dan hormati hak orang lain ya sayangggg...

Petang aku kuar dengan kawan..Mau makan. Lapar la sangat, sedar-sedar aku tak makan dari pagi tadi..(to be continue) Alhamdulillah..kenyang sudah aku.. Beli barang kejap then balik..Ya Allah , ada lagi ujian.. biskut yang aku teringan mau makan masa sarapan esok entah kemana..Rasanya ada dalam bil pembelian tadi..Tapi, huh... Bukan rezki.... :(

Akhir cerita ni, adalah... Hari ni aku sangat lah boring.. Aku mau sambung edit post aku mengenai cinta.. memandangkan aku tiada mood, baik aku hilangkan boring aku yang entah apa-apa ni di sini.. boleh juga aku ingat-igat balik bila masa aku jadi like bipolar mood.. hahaha..... Nauzubillah..

Sunday, October 3, 2010

Cintaku Dimana..





Apa yang telah berlaku kini..Mengapa aku bersedih, mengapa hatiku sepi.. Cinta, mengapa kau tinggalkan aku...Sedangkan kau tahu aku lemah tanpamu.. Cinta, kau umpama tasik bagiku, nampak indah namun andai tiada yang menghargainya pasti kau di pandang sepi.. Tapi mengapa kau menjadi bayang bagiku.. bila ku kejar kau menjauh, bila ku lari pergi darimu, kau mengekori, dan bila aku kaku, kau jua kaku.. Cinta, cukuplah sampai kini sahaja aku merasaai kesakitan memujamu.. Kau bukanlah buku yang pasti bermanfaat pada pembacanya.. Tapi mengapa aku gagal dalam ujian cinta?? Kau jua bukan oksigen, tapi mengapa aku lemah tanpamu? Kau masih bukan raja walau ramai pengikutmu.. Namun mengapa aku lemah tanpamu..

Cinta, sedarkah kau yang kau telah banyak mengubah hidupku.. Aku di tinggalkanya kerana cinta, dari seorang yang punya kekasih, kini aku hanya mampu mengasihani diri sendiri..Aku sakit kerana cinta, dari merasa bahagia aku merasa derita..Dari seorang pemuja, aku kini jadi pembenci.." Aku benci pada CINTA? "

Entah, aku tidak tahu..Namun apa aku rasa kini aku ingin bersendiri.Ya, biar aku bersendiri..Biarkan aku menyayangi diriku yang dulunya hanya menyayangimu.. Biar aku rawat hatiku yang dulunya sering terluka kerana menjaga hatimu..Biar aku melangkah pergi yang dulunya langkahku terbatas keranamu.. Dan biar aku menjauhkan diri dari ruang hidupmu yang dulunya kau kurung aku didalamnya..Aku lemas, aku rimas dan aku hampir tewas..Diriku hilang, yang hanya terpamer hanya bayang dirimu yang dilakonkan olehku.. Kau mengubahku mengikut apa yang kau inginkan..Kau biar aku mati dalam diriku sendiri..

*~_~Ya Allah..Mungkin belum tiba masanya untuk aku bahgia..Aku redha Ya Tuhanku~_~*

Thursday, September 23, 2010




Teringat peristiwa semalam masa aku lena dibuai penangan ubat batuk dan sesema yang doktor bagi..Tiba - tiba aku dikejutkan oleh satu suara yang benar - benar menganggu tidurku.."MILIK SIAPAKAH SUARA ITU.."..Arghh, aku ndak kisah kenapa..Tapi kamu sudah benar - benar menganggu tidur lenaku yang di dodoi oleh penangan ubat batuk dan sesema yang doktor bagi..Jangan risau, aku tidak marah siapa yang mengaggu tidurku sebab aku tau yang dunia ni memang ramai manusia yang Allah ciptakan dan duduk sama - sama berpayungkan langit yang sama.. So, apa hak aku mau marah kamu..

Tapi wahai manusia yang punya satu suara yang benar - benar menganggu tidurku..Sedarkah kamu bahawa kamu adalah juga seorang manusia yang Allah ciptakan dan duduk sama - sama berpayungkan langit yang sama.. Patutkah kamu menyusahkan orang lain dengan suara yang kamu ada..Tapi tak apa.. Dengan kuasa Allah yang juga telah mengurniakan sedikit sifat sabar dalam diriku, aku diam saja dan sambung berbaring di tilamku yang sedikit empuk berkat rezeki yang Allah kurniakan.. Alhamdulillah... Tapi entah kenapa nadiku berdetik pantas..melebihi paras normal nadi kebiasaanku 60/minit..Selari dengan peredaran saat..Aku takut kot dengan pemilik satu suara yang benar - benar menganggu tidurku..Mungkinlah..Ah, aku malas mau ulas panjang tentang pemilik suara tu..

Tiba - tiba perasaan ku menjadi sayu..Aku rindu kampung halamanku..Aku rindu mamaku, bapaku, kakakku, adikku, bilikku, rumahku, jiranku, kampung ku, tanah airku..Owh, aku tersilap rupanya.. ARAHAN KEPADA PEMBACA, SILA PADAM PERKATAAN "KU" & GANTIKAN DENGAN PERKATAAN " MILIK TUHANKU YANG DI PINJAMKAN SEBENTAR KEPADAKU "..

Dan yang paling aku rindu adalah insan kecil yang bernama NUR SYAZWINAH BINTI SYAZWAN ABDULLAH anak kakak ku yang aku panggil wiwin..wiwin, ayie rindu ma wiwin.. Aku pun call lah famly ku di kampung dengan berbekalkan kredit yang ada cuma rm1.87 sen.. Dapat juga aku berbual dengan wiwin kesayanganku.. Dan apa yang kami bualkan amat bermakna.. Rinduku terubat.. aku dapat dengar suara wiwin, tapi apa yang wiwin cakapkan biarlah dia saja yang tau..Tapi kalau boleh aku mau tau juga..p/s kepada wiwin : wiwin, nanti umur wiwin sudah besar n dapat baca blog ayie ni wiwin cerita balik ma ayie apa wiwin cakap semalam ar..22hb september 2010 jam 8.15 malam..hehe

Sebenarnya aku mau tulis mengenaai satu suara yang benar - benar menganggu tidurku.."MILIK SIAPAKAH SUARA ITU.." Tapi fikir punya fikir, aku malas & tak berminat..Arghh....Lantaklah, aku peduli apa... Baik aku sambung lena ku yang terganggu oleh satu suara yang benar - benar menganggu tidurku.."MILIK SIAPAKAH SUARA ITU.."


Saturday, August 14, 2010

Hati...




Apa yang telah kurang dalam hidup aku..Apa yang hilang dari kehidupan aku..kenapa aku rasa kosong dan sepi semacam..Ya Allah, hanya KAU yang mengetahui dan memahami hati ini..bukan dia, bukan jua mereka termasuklah aku sendiri..

Andai hari ini seperti buku, aku sanggup membacanya hingga 1000 kali skalipun untuk memahaminya.. Tapi ia hanya perasaan yang tak mampu aku mengertikan 100%..Hati, maafkan aku kerana tidak mampu menunaikan kehendakmu..Dunia bukan milik ku..Andai itu berlaku maka berpuashati lah kau menikmatiya.. Tapi sedarlah duhai hati, aku jua menumpang di dunia fana Pencipta kita ni..Dan dengan itu kita harus sama-sama faham tidak semua mampu kita miliki..

Hati.. Ketahuilah olehmu andai kau rasa kekurangan, sebenarnya kau sudah cukup betuah kerana ada lagi yang hidupnya lebih kekurangan darimu..Andai kau rasa kecewa, ketahuilah olehmu bahawa ada lagi hati yang lebih kecewa.. Andai kau rasa iri, ketahuilah olehmu bahawa kau masih ada apa yang tidak dimiliki orang lain..Dan, sebenarnya ada juga yang iri padamu..

Sabarlah duhai hati..Dan maafkan aku kerana tidak mampu melakukan semua yang kau inginkan..Tapi hati, ketahuilah olehmu aku sudah sedaya upaya untuk mengajarkanmu erti cukup, rasa bersyukur dan makna sabar dalam kehidupan..


#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#

Sebenarnya kehidupanmu sudah cukup (sempurna)
Cuma saja kau kekurangan rasa bersyukur..

#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#

Monday, June 14, 2010

Saya tak nangis..



"Assalamualaikum mak, mak apa khabar? Ayah? Adik-adik? Mak dah makan? Buat apa tu?..Owh"..hehehehe di hujung talian.."Apa dia mak? Owh, sihat je mak.Alhamdulillah..Ok, tak da masalah..Ok ja ni.." Talian pun di putuskan..Huhhhh...

Sedihnya bila call mak..Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan kepada orang tuaku dan berikanlah kesejahteraan kepada keluargaku ya Allah. Sayu hatiku bila tahu mak terjatuh dan ayah pula sakit. Mak, maaf saya tak mampu jaga mak dan ayah buat masa ni. Saya tak mampu tolong mak di kampung. Tapi mak, saya sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk mak dan ayah..Mak, mak tahu tak saya sayang sangat kat mak dan ayah. Tapi saya tak pernah luah kan mak? Mak, mak dan ayah lah cinta teratas dihati saya. Mak lah syurga saya. Tapi mak, apa yang mampu saya lakukan bila dah berumahtangga nanti. Bolehkah saya meletakkan mak dan ayah dalam tangga teratas cinta hati saya. Mak,percayalah, selagi Allah meminjamkan hati dan perasaan ni, mak adalah ratu bagi saya dunia akhirat. Mak, cantik mana pun makhluk Tuhan di bumi ni, tapi bagi saya mak jugalah yang paling cantik, mak jugalah yang paling baik, mak jugalah yang paling penyayang, mak jugalah jiwa saya, cinta hati saya..Mak, saya harap sangat mak tahu itu.

Mak, anak mak ni minta maaf atas dosa-dosa yang anak mak ni dah buat. Baru kejap tadi anak mak ni buat dosa lagi mak. "Mak, ampun mak.." Anak mak ni terpaksa mak. Anak mak ni terpaksa selindungkan tangisannya dari mak. Anak mak ni terpaksa nangis kuar air mata tapi mak dengar cuma ketawa. Mak, maafkan anak mak ni ya. Anak mak yang sorang ni tak nak susahkan hati mak. Tak nak mak risau dan tak nak buat mak rasa sedih dengan nasib anak mak ni. Allah ja yang tahu macamana sedihnya anak mak ni. Mak, mak tahu tak? Anak mak ni nak sangat peluk mak, nangis di ribaan mak puas-puas. Anak mak ni dah lemah sangat tanggung semua ni mak..Mak, kalaulah benda tu boleh berlaku....

Mak, terima kasih ya mak. Terima kasih sangat-sangat. Tapi anak mak ni tiada hadiah mau bagi. Tapi mak, anak mak ni percaya sangat. Walau bagi dunia ni hingga tujuh petala langit sekalipun jasa-jasa mak tak kan terbalas. Tak terbanding pun mak. Mak, terima kasih ya. Walaupun mak tak bagi harta yang mewah-mewah dengan anak-anak mak ni, tapi mak bagi kami kaya budi bahasa, mak bagi kami beradap dan bersopan-santun, mak bagi kami rasa merendah hati, mak bagi kami rasa menghormati,mak bagi kami rasa bersyukur..Terlalu banyak nya mak bagi kan..Hehe..Tak sedar pun.
Mak, walaupun anak mak ni nangis kuat mana sekalipun. Tapi anak mak ni tak pernah menyesal jadi anak mak taw. Anak mak ni rasa bertuah sangat. Tak semua anak-anak di dunia ni dapat macam apa yang anak mak ni dapat.. Mak terima kasih mak dan ayah juga.. Anak mak ni sayang sangat-sangat kat mak dan ayah..

#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#

Ya Allah, andai kebahagiaan itu
ada had yang tertentu yang kau berikan
kepada hambamu..Aku rela Ya Allah...
Berikanlah segala kebahagiaan ku
Kepada kedua orang tuaku, meskipun
Nyawa adalah sebagai taruhan..


#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#



Aku sangat sayang kamu...


Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.. Sudahkan kamu-kamu dan kamu mengucapkan "Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.." pada ibu??

Ni bukan mau cerita apa pun..Saja mau post lau tiada kena mengena dengan kamu pun tak pa..Semalam, khamis malam jumaat,17/6/10, 10.45pm..Napa entah aku rindu sangat ngan mama aku..Mau call pun lewat sudah. Aku pun la pujuk mata untuk tidur.Tapi entah, kenapa. Tak boleh juga tidur..Makin lebat air mata aku ada la..Rindunya sangat ngan mama aku sampai tak boleh tidur aku jadinya..Walhal selalu juga call mama.Paling jarang pun selang sehari ja.

Huh, tak boleh jadi ni sampai tak boleh tidur. Kepala pun mula sakit cz banyak sangat nangis..Aku pun baca doa lah, dan call mama aku..Memandangkan mama aku dah hampir terlelap di sebabkan keletihan di siang hari buat kerja rumah sorang-sorang tiada siapa yang tolong melainkan bapa aku dan adik lelaki aku yang sorang tu tolong apa yang patut ja. Aku pun ambil keputusan mau call kejap ja pun jadi lah.

Sekadar tanya khabar dan bahasa basi yang famous aku guna tanya la mama aku. "Mama buat apa? Mama sudah makan? Tadi makan apa? Bapa mana? Abim (nama timangan adik lelaki aku) mana? Siapa lagi ada di rumah? Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) ada?" Padahal semua soalan tu aku tau sudah apa jawapannya.Mestilah mama aku on the way mau tidur sebab lewat sudah, Makan pun sudah tentu sudah cz family aku biasa makan sebelum berita jam 8 atau selepas bapa aku sembayang maghrib.Mau tanya pasal lauk pun mesti aku sendiri telan liur cz masakan mama aku ngam betul ngan tekak aku, Bapa aku pun mesti sudah tidur, cz bapa aku biasanya tidur selepas berita jam 8 malam tu iaitu pada jam 9 malam, Abim (nama timangan adik lelaki aku) pun mesti sudah tidur cz besok dia sekolah..Mana ada siapa-siapa lagi di rumah cz kakak aku dua orang tinggal di tempat lain, adik aku sorang lagi tidur di rumah uncle aku atas urusan tidak rasmi.Last sekali Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) mesti la di asrama sekolah dia..Hmm..

Kesimpulannya di sini aku call mama aku dalam 1 minit 28 saat ja..Huuhuhu..Lepas ja letak fon terus mata aku nampak bintang-bintang dilangit..Walaupun langsir dibiik aku sudah ditutup dengan serapi-rapinya. Rupanya aku mengantuk yang teramat sangat sebab makan ubat..Dan lenalah aku hingga ke fajar terbit di Timur..I miss u Mama...

Sunday, June 13, 2010

(USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH

Kenapa la kita ni takut tuk terima kegagalan.Sampai ada tahap yang kita tak mahu cuba.Jadi macamana lah mau berjaya kalau macam tu.Baik kejayaan hidup atau percintaan.Kalau kejayaan hidup ni bagi aku lebih banyak bergantung dengan tepoh kita sedar bila kejayaan tu penting.Masalahnya bila kita dah sedar, masa tu dah terlewat.Masa di bangku sekolah, bukan mau belajar betul, tapi bila dah dewasa..Ha, masa tu la termenung mengingati masa sekolah yang disia-siakan..

Walaupun sekarang ni aku kira dah ada kerja yang boleh menjamin masa depan.Tapi bagi aku ini belum cukup.Kalau lah masa aku sekolah dulu tu aku rajin belajar..Maybe aku boleh dapat yang lebih baik dari sekarang.Apa pun aku bersyukurlah, sebabnya aku ni masih kira untung lagi di badingkan ada beberapa masyarakat sekeliling aku yang masih tak bernasib baik atau lebih tepat mungkin rezki belum sampai.

Kadang tu rasa teruk juga aku ni.Masih tak bersyukur lagi.Tapi rasanya lebih tepat bagi aku bukan tak bersyukur..Tapi aku impikan yang lebih baik.Huhh..Jangan la keinginan aku untuk dapat yang lebih baik dalam hidup ni jadi dosa sebab tak bersyukur dengan apa yang diberi.Astagfirullah al azim...
Mana juga kita tau kan kalau-kalau apa yang aku dapat sekarang ni adalah anak tangga pertama tuk capai tahap kejayaan aku impikan..Amin..(USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH = Kejayaan yang aku impikan...

Harap-harap bila dah berjaya nanti, aku ni tidak la di kategorikan dalam kumpulan atau ahli atau geng anak-anak yang lupa tanggungjawab pada ibubapa, adik-beradik, keluarga dan suami aku..Aik, dah ada suami ka aku ni??Ahakks..

Tak pa, sabar la ar hati.Yang penting (USAHA+DOA+TAWAKAL) X ISTIQAMAH ja dalam hidup..Insyallah ada juga kejayaan akhirnya..Huu..Akhirnya?? Bila la rasanya "Akhirnya" tu ar? Semua jadi tanda tanya sekarang ni. Apa pun sebagai manusia bisa, hamba Allah yang hina, makhluk di bumi tuhan "Aku redha ya Allah, Andai itu takdirNya" (Pinjam dulu tajuk novel,jangan marah penulis..ehehe).Apa pun aku harap la, aku sempat tabur bakti pada nusa dan bangsa..Tapi famili aku first..Mama, Bapa, dan 6 orang adik-beradik aku yang lain tolak aku jadi ada lima lagi, dan suami aku juga..Aku sedia berkhidmat untuk kalian..(aik, ada lagi aku tulis pasal suami..Ahaks, biar ja lah--akan datang kali..Akan ku tunggu, detik tiba saat, masa,jam, waktu,tempoh itu..haha)