
Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.. Sudahkan kamu-kamu dan kamu mengucapkan "Aku sayang kamu.. Aku sangat sayang kamu.. Aku sangat-sangat sayang kamu.." pada ibu??
Ni bukan mau cerita apa pun..Saja mau post lau tiada kena mengena dengan kamu pun tak pa..Semalam, khamis malam jumaat,17/6/10, 10.45pm..Napa entah aku rindu sangat ngan mama aku..Mau call pun lewat sudah. Aku pun la pujuk mata untuk tidur.Tapi entah, kenapa. Tak boleh juga tidur..Makin lebat air mata aku ada la..Rindunya sangat ngan mama aku sampai tak boleh tidur aku jadinya..Walhal selalu juga call mama.Paling jarang pun selang sehari ja.
Huh, tak boleh jadi ni sampai tak boleh tidur. Kepala pun mula sakit cz banyak sangat nangis..Aku pun baca doa lah, dan call mama aku..Memandangkan mama aku dah hampir terlelap di sebabkan keletihan di siang hari buat kerja rumah sorang-sorang tiada siapa yang tolong melainkan bapa aku dan adik lelaki aku yang sorang tu tolong apa yang patut ja. Aku pun ambil keputusan mau call kejap ja pun jadi lah.
Sekadar tanya khabar dan bahasa basi yang famous aku guna tanya la mama aku. "Mama buat apa? Mama sudah makan? Tadi makan apa? Bapa mana? Abim (nama timangan adik lelaki aku) mana? Siapa lagi ada di rumah? Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) ada?" Padahal semua soalan tu aku tau sudah apa jawapannya.Mestilah mama aku on the way mau tidur sebab lewat sudah, Makan pun sudah tentu sudah cz family aku biasa makan sebelum berita jam 8 atau selepas bapa aku sembayang maghrib.Mau tanya pasal lauk pun mesti aku sendiri telan liur cz masakan mama aku ngam betul ngan tekak aku, Bapa aku pun mesti sudah tidur, cz bapa aku biasanya tidur selepas berita jam 8 malam tu iaitu pada jam 9 malam, Abim (nama timangan adik lelaki aku) pun mesti sudah tidur cz besok dia sekolah..Mana ada siapa-siapa lagi di rumah cz kakak aku dua orang tinggal di tempat lain, adik aku sorang lagi tidur di rumah uncle aku atas urusan tidak rasmi.Last sekali Ichang(nama timangan adik lelaki aku yang bongsu) mesti la di asrama sekolah dia..Hmm..
Kesimpulannya di sini aku call mama aku dalam 1 minit 28 saat ja..Huuhuhu..Lepas ja letak fon terus mata aku nampak bintang-bintang dilangit..Walaupun langsir dibiik aku sudah ditutup dengan serapi-rapinya. Rupanya aku mengantuk yang teramat sangat sebab makan ubat..Dan lenalah aku hingga ke fajar terbit di Timur..I miss u Mama...