Saturday, November 27, 2010

Meskipun aku bersendiri, tapi aku telah berpunya..



Aku tidak akan memberitahu dunia yang kau telah menyakiti hatiku sayang..Cukup lah kau, aku dan Dia tahu..Maaf andai aku mengubah status ku di paparan laman sosial ini membuat hatimu sakit..Namun lebih sakit bagiku memaparkan hubungan kita sedangkan hati kita menderita.. Aku tidak memutuskanya, cuma tidak ingin ia mengaburi mataku sedangkan hati kita sakit..

Ketahuilah olehmu aku terlalu sakit kali ini dan bukan hanya kali ini..Benar ia bukan luka dalam, namun hirisan demi hirisan membuat ia kian parah..Sayang, ketahuilah olehmu aku terlalu menyayangi mu hingga tidak sanggup melukakan hatimu..Oleh itu aku jarang ingin memulakan perbualan jika aku tidak punya bahan yang ingin di kongsi denganmu..Kerana aku ragu jika setiap baitku yang terungkap tanpa tujuan akan menyakiti hatimu orang yang ku sayangi..

Cukuplah Allah yang tahu bertapa dalamnya hatiku menyayangimu.. Andai kau tidak mengetahuinya, biar saja kau tahu ia di akhirat sana andai cinta kita mendapat redhaNya..Aku ikhlas memilihmu..

Sayang, aku cukup menyayangimu dan ketahuilah, tika aku menuliskan ini padamu aku sedaya upaya memujuk hatiku untuk bertahan kerana aku tidak ingin berpisah denganmu meskipun setiap detik kita dihujani dengan dugaan..

Aku harap engkau faham akan setiap patah baitku tanpa terlepas sepatahpun.. Aku sangat menyayangimu Mr.S..


Aku sentiasa mengingatimu : Miss. S

Monday, November 1, 2010

What happen ? ? ?



Hari ni 31.10.10.. seharian ada ja benda yang buat aku susah hati.. Apa pasal awal subuh lagi aku sudah angkat takbir tiga kali masa solat subuh? Kenapa? Aku tersalah baca Al-Fatihah.. Huh, boleh pula jadi macam tu kan.. Walhal dalam setiap rakaat baca ayat tu jadi boleh kira dalam sehari kita akan baca 17 kali Surah Al-Fatihah..Usai solat subuh, rutin aku di teruskan dengan mandi seawal pagi, memandangkan aku kerja pagi hari ni, so lepas solat subuh aku direct pegi mandi.. Lepas mandi, memandangkan pagi masih rabun-rabun ayam(awal lagi lah..) aku pun santai-santai di katil, sedar- sedar sudah jam 6.20 pagi.. huh, huru-hara aku jadinya..Nasib uniform semua sudah standbay, jadi kira masih sempat lagi lah aku datang kerja tanpa terlewat..

So di ringkaskan sedikit cerita aku, balik kerja aku solat zohor (*some text missing* hehe ).. Then,aku calling lah somebody ni.. Huh, gaduh lagi lah pula..Sorry dear, bukan niat sakitkan hati cuma mau dia faham aku juga ada hak.. Ya, mungkin dia rasa ingin bertanggungjawab.. Tapi jangan jadikan alasan aku perempuan dan dia lelaki aku cuma boleh duduk dalam bilik.. Sedangkan dia?? Huh, malas mau komen panjang-panjang.. Sama-samalah kita belajar insafi diri dan hormati hak orang lain ya sayangggg...

Petang aku kuar dengan kawan..Mau makan. Lapar la sangat, sedar-sedar aku tak makan dari pagi tadi..(to be continue) Alhamdulillah..kenyang sudah aku.. Beli barang kejap then balik..Ya Allah , ada lagi ujian.. biskut yang aku teringan mau makan masa sarapan esok entah kemana..Rasanya ada dalam bil pembelian tadi..Tapi, huh... Bukan rezki.... :(

Akhir cerita ni, adalah... Hari ni aku sangat lah boring.. Aku mau sambung edit post aku mengenai cinta.. memandangkan aku tiada mood, baik aku hilangkan boring aku yang entah apa-apa ni di sini.. boleh juga aku ingat-igat balik bila masa aku jadi like bipolar mood.. hahaha..... Nauzubillah..