Saturday, August 14, 2010

Hati...




Apa yang telah kurang dalam hidup aku..Apa yang hilang dari kehidupan aku..kenapa aku rasa kosong dan sepi semacam..Ya Allah, hanya KAU yang mengetahui dan memahami hati ini..bukan dia, bukan jua mereka termasuklah aku sendiri..

Andai hari ini seperti buku, aku sanggup membacanya hingga 1000 kali skalipun untuk memahaminya.. Tapi ia hanya perasaan yang tak mampu aku mengertikan 100%..Hati, maafkan aku kerana tidak mampu menunaikan kehendakmu..Dunia bukan milik ku..Andai itu berlaku maka berpuashati lah kau menikmatiya.. Tapi sedarlah duhai hati, aku jua menumpang di dunia fana Pencipta kita ni..Dan dengan itu kita harus sama-sama faham tidak semua mampu kita miliki..

Hati.. Ketahuilah olehmu andai kau rasa kekurangan, sebenarnya kau sudah cukup betuah kerana ada lagi yang hidupnya lebih kekurangan darimu..Andai kau rasa kecewa, ketahuilah olehmu bahawa ada lagi hati yang lebih kecewa.. Andai kau rasa iri, ketahuilah olehmu bahawa kau masih ada apa yang tidak dimiliki orang lain..Dan, sebenarnya ada juga yang iri padamu..

Sabarlah duhai hati..Dan maafkan aku kerana tidak mampu melakukan semua yang kau inginkan..Tapi hati, ketahuilah olehmu aku sudah sedaya upaya untuk mengajarkanmu erti cukup, rasa bersyukur dan makna sabar dalam kehidupan..


#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#

Sebenarnya kehidupanmu sudah cukup (sempurna)
Cuma saja kau kekurangan rasa bersyukur..

#@~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~@#