Saturday, April 9, 2011

Adakah kita??




Layakkah kita sesama manusia saling menghukum dan menyalahkan? Setiap dari kita sering menunding jari dan menyalahkan orang lain tanpa peduli perasaan orang itu.. Kita rasa kita betul., kita rasa kitalah yang paling menderita. Kita rasa kitalah paling banyak menyumbang, dan kita juga rasa kitalah yang paling banyak telah bekerja..

Namun apakah yang kita lakukan itu betul? Apakah hanya kita yang paling banyak menyumbang? Apakah hanya kita yang paling menderita? Dan adakah hanya kita yang paling banyak bekerja? Tapi bagaimana pula mereka yang kita katakan salah? Mereka yang kita katakan bahagia hingga menyebabkan kita menderita? Mereka yang paling banyak menerima hingga membuatkan kitalah paling banyak menyumbang. Dan mereka yang paling banyak berehat hingga membuatkan kitalah yang paling banyak bekerja..

Apa kita lupa atau tidak tidak sekalipun tahu bahawa satu jari kita yang menunding menyalahkan orang lain, masih ada tiga jari lagi yang menunding ke arah kita? Adakah kita telah lupa aku tidak pernah memikirkan bahawa kita pernah salah hingga ada yang membetulkan.. Pernahkah kita ingat bahawa kita pernah berehat hingga membuatkan ada orang yang terpaksa bekerja keras. Tidak pun, pernahkah kita kenang ketika kita sedang berbahagia hingga membuatkan ada orang yang menderita?

Dan maafkan aku kerana aku tahu ketika aku sedang berehat, ada orang yang telah melakukan kerja untukku.. Ketika aku sedang melakukan kesalahan, ada yang sedaya upaya membetulkan dan memaafkanku.. Ketika aku sedang menerima, ada orang yang telah memberi kepadaku dan ketika aku sedang berbahagia... Sudah pasti ada yang menderita keranaku.. Aku hanya manusia biasa, aku minta maaf atas khidmat yang kamu beri, penat yang kamu curah, beban yang kamu galas dan kesedihan yang kamu pikul kerana ku..