Thursday, October 13, 2011

Adik Tak Tahu Cakap Apa





Teringat satu peristiwa... Ni kira yang manis untuk di kenang la, yang buat aku senyum-senyum sendiri bila ingatkan adik aku yang seorang ni.. Hehehe.. Senyum-senyum kambing dulu =)

Sebelum tu, mari aku kenalkan sikit sikap adik aku yang sorang ni.. Mengikut penilaian aku, adik aku ni seorang yang malu dalam meluahkan masalah atau impiannya, dan mungkin bagi aku dia perlu didesak untuk luahkan apa yang terbuku dihatinya..Dia ni juga sebenarnya sangat penyayang terutama pada kanak-kanak.. Sampaikan dia pernah marah kakak dia ni yang suka mengusik.. Dia tak suka kot kanak-kanak menangis.. Untung siapa dapat dia ni.. Hehehe.. Lagi satu di sangat suka beralah, tapi hatiya lembut sebab dia selalu menangis..Ada satu hari ni, ayah aku yang tengah buat kerja diruang tamu panggil dia.. "_ _ _ _, sini kejap".."kenapa?"adik aku ni bersuara sambil melangkah dengan muka monyok yang hampir menangis.. Hehehe.. Terus aku yang macam singa ni marah dia.. "Cakap la yang ko tu tengah makan".. Dan aku pun maklumkan pada ayan aku dan suruh adik aku yang separuh jalan menuju ayah kami duduk semula untuk menyambung suapannya..

Kesian kan, apa pun bukan salah siapa-siapa.. Cuma dia ni tak pernah luahkan kehendak hatinya.. Tu lah masalah remaja sekarang ni.. Macamanalah ibu bapa mau fahami..

Hahaha, aku sambung balik cerita apa yang buat aku senyum-senyum sendiri bila terkenangkan adik aku ni..

Begini ceritanya~~

Satu hari aku tengok adik aku ni duduk tertunduk sambil muka monyok lah sangat.. Mulutnya terkumat-kamit.. Ayah aku pula bising-bising diruang tamu.. Aku yang bingung tanya lah mak aku kenapa adik aku macam tu dan ayah pula bising-bising..
Mak aku pun cakap la kat aku.. Terkejut juga aku dengar penjelasan mak aku ni..Aku pun berfikir kenapa adik aku buat macam tu.Adik aku di gantuk asrama selama seminggu sebenarnya.
Di pendekkan sikil la cerita adik aku ni, aku paksa dia cakap kenapa dia sampai kena gantung.. Cara aku tanya ni macam polis yang buat soal siasat.. aku hadap muka dia dan paksa dia cakap.. Tapi aku tak tahan ati, sekali-sekala aku berdiri dan berpaling menghadap mak aku dan gelak-gelak tak keluar suara supaya adik aku ni anggap aku serius..Memang aku serius lah masa tu, cuma aku tak tahan hati..Hahahaha, aku gelak lagi..
Tapi geram lah sangat sebab adik aku masih tak mahu ceritakan hal sebenar, dan aku pun dah penat untuk pujuk dia yang masih berbahasa dengan mulut yang munjung dengan muka yang hapir menangis.. Aku pun carilah sekeping kertas dan pen.. Aku serah pada adik aku, "Nah, tak mahu cakap sangat kan..Ambil kertas ni, dan aku mau tahu kenapa ko di gantung asrama malan ni jugak" dan aku pun tingglkan adik aku yang masih dengan muka monyok tu..

Beberapa minit kemudian aku sengaja mundar mandir depan adik aku, aku tengok dia, dah hampir penuh kertas tu dia tulis.."wah" dalam hati aku berbangga dengan cara aku sendiri..Hahaha dan dengan muka selamba aku hulur sehelai kertas lagi..

Adik aku pun menyambut huluran kertas itu tanpa menoleh sekilaspun pada aku.. Nasib lah,. kalau tidak kantoi lah aku dengan senyum yang sangat2 ditahan.. Hehehe

Beberapa minit kemudian adik aku bersuara "Nah" dan aku berkata "pegi tido" walhal jam pada waktu itu menunjukkan jam 7.30 malam lebih kurang..

Sebaik adik aku tu masuk bilik, aku terus ambil kertas yang penuh dengan luahan hatinya dan membawa kertas itu ke satu sudut di rumahku dan aku mula membaca baris demi baris..

Senyum dan sedih bercampur baur..
Habis membaca coretan tu aku pun bersuara menuju kepada kedua orang tuaku "Keluarkan lah si ---- dari asrama" dan perlahan-lahan ibuku menghapiri dan membaca tiap-tiap baris yang di tulis adik ku itu.. Mungkin ibu ku pening melihat tulisan adik ku yang entah mau cakap apa, ibu pun tanya "kenapa tu" merujuk pada kertas yang masih dalam peganganku..

Kandungan
Hari ahad masa mau balik asrama, aku sudah nampak kawanku si ----- (entah aku x ingat nama budak yang adik ku tulis tu) dan si -----(pun aku tak tahu siapa namanya) ada di pagar berhampiran pondok sekuriti di pintu pagar asrama.. Dari jauh lagi aku tengok durang ketawa-ketawa dan aku dengar durang panggil ejek-ejek aku panggil aku "Garfield"
aku diam saja dan masuk asrama seperti biasa.. sakit hatiku setiap kali aku di panggil "garfield" Tapi hari tu hatiku puas, aku akan keluar dari asram ni..
Pengutuk, tak sedar diri.. macam lah hensem sangat..
Aku sudah lama sabar, aku mau keluar asrama.. Tapi aku takut mau cakap sama bapa..
Aku tak tahan dengan kawan-kawan yang suka mengutuk aku. entah apa masalah
dorang.. Kalau aku ada makanan, baik pula dorang sama aku..
sampai depan rumah warden aku tengok ada cikgu ------- di sana.. Mudah-mudahan dia panggil aku , cakapku dalam hati.. "----" cikgu panggil aku.. "Yes" mudah-mudahan aku di buang asrama kataku dalam hati dan cikgu "------" mengambil beg yang ku bawa dan memuka beg ku.. Aku palingkan muka dan berharap aku akan dibauang asrama..
"Apa ni" sambil menunjukkan kotak rokok itu padaku.. Aku diam tidak mahu bercakap..
"kemas barang kamu dan datang jumpa cikgu lepas ni" tapi rupa-rupanya ku cuma digantung asrama selama seminggu.. Kenapa aku tak dibuang?? Aku tidak tahan dengan kawan-kawan yang suka mengejek orang..macamlah dia telampau sempurna..


END

Dalam hati, aku kesian sangat dengan adik ku.. Ya aku tahu macamana nakal budak-budak yang perasan baik.. Suka hati mulat mereka ja mau cakap apa kan.. Cakap tak pakai akal dan mungkin lupa tengok cermin.. Tapi kenapa adik ku mau burukkan rekod sendiri untuk minta sesuatu dari kami?? Tapi tak pa, pengajaran.. Dan aku dengan perasaan yang marah pada kawan-kawan adik ku yang mengejek-ejek nya dan rasa simpati dengan kehendak adik ku yang takut untuk di luahkanya bersuara lantang dari luar bilik "Besok bagi kakak jumpa diaorang(merujuk pada kawan-kawan adik ku yang mengejek-ejek nya) biar kakak yang ejek diaorang pula" (Aku berlagak kak Yong) demi membuat adik ku rasa dilindungi dan di sayangi... Cewah...

** Dan adik ku berjaya keluar asrama dengan restu...
dan akulah yang tolong adik ku masa keluar asrama hari tu.. Sambil cakap "Jangan kawan dengan budak jahat..Kalau nakal sangat mari jumpa kakak kalau berani " sengaja buat muka kawan-kawan adik ku yang sejak awal senyum2 dekat pintu gate macam kerang busuk yang kena sepak tu berubah kendur dan pura-pura sibuk...

Hahaha... Aku sayang adik aku...